macOS Catalina 10.15
Uruskan langganan dalam app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV, anda boleh mengubah suai atau membatalkan langganan untuk saluran Apple TV seperti STARZ dan HBO.
Uruskan langganan anda
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih Akaun > Lihat Akaun Saya, kemudian daftar masuk.
Dalam tetingkap Maklumat Akaun, skrol ke bawah ke bahagian Seting.
Klik pautan Urus bersebelahan Langganan, kemudian ikut arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Lihat jugaSediakan dan lihat akaun pada Mac