Tetingkap app Apple TV di latar belakang.

Semua TV anda, semua dalam satu app

App Apple TV ialah rumah untuk semua yang anda mahu tonton dan satu-satunya tempat untuk mencari filem dan rancangan TV asal daripada Apple TV+. Anda akan menemui rancangan terbaik daripada yang ditayangkan, diperibadikan dan dipilih dengan teliti hanya untuk anda, semuanya di satu tempat. Ia mudah—app Apple TV serba baru ialah cara terhebat untuk menonton TV.

Cara menonton TV pada Mac anda

Skrin Pustaka app Apple TV.

Daftar masuk untuk mula menonton sekarang

Gunakan Apple ID anda untuk mendaftar masuk. Anda boleh membeli atau menyewa filem dan mengakses pembelian atau sewaan sebelum ini. Anda juga boleh melanggan saluran seperti Apple TV+, HBO, Showtime, STARZ dan banyak lagi.

Cara mendaftar masuk ke akaun anda

Tetingkap Pemain Mini Muzik, tetingkap app Apple TV dan tetingkap Podcast di latar belakang.

Media anda mempunyai rumah baru

Jika anda menggunakan iTunes sebelum ini, kini gunakan app Apple TV untuk menonton rancangan dan filem anda, app Apple Music untuk mendengar pustaka muzik anda dan app Apple Podcasts untuk melanggan dan mendengar podcast anda.

Cara mencari kandungan iTunes pada Mac anda

Untuk melayari Panduan Pengguna App Apple TV, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau. Free Solo © 2018 National Geographic Partners, LLC. Hak cipta terpelihara.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.