Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat pelengkapan perkataan dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh melihat pelengkapan yang mungkin untuk perkataan yang anda masukkan separa.
Sebagai contoh, bagi perkataan separa seperti “ret,” anda melihat pilihan seperti “retire” atau “retrieve.” Untuk perkataan lengkap, seperti “return,” anda melihat kurang pilihan, seperti “returning” dan “returned.”
Dalam app TextEdit pada Mac anda, letakkan titik pemasukan di hujung perkataan separa.
Pilih Edit > Selesai (atau tekan Option-Esc), kemudian pilih perkataan daripada senarai (atau gunakan Touch Bar).