Teks beraneka: Setkan format lalai kepada teks beraneka. Teks beraneka membolehkan pemformatan, seperti senarai berbulet, yang teks biasa tidak boleh.
Teks Biasa: Setkan format lalai kepada teks biasa. Teks biasa tidak membenarkan pemformatan teks.
Balut ke halaman: Balut teks dalam margin halaman dokumen. Jika tidak, teks membalut mengikut saiz tetingkap dokumen.
Saiz Tetingkap
Setkan saiz tetingkap lalai.
Fon
Pilih gaya dan saiz fon lalai untuk dokumen teks biasa dan beraneka.
Sifat
Untuk dokumen teks beraneka, anda boleh mengesetkan sifat dokumen dengan menambah nama penulis, nama organisasi dan maklumat hak cipta.
Pilihan
Lihat pilihan lalai untuk menyemak atau membetulkan auto ejaan dan tatabahasa semasa anda menaip. Lihat Semak ejaan dan tatabahasa.
Tunjukkan pembaris: Pilih untuk melihat pembaris dalam dokumen teks beraneka. Lihat Laraskan perenggan.
Pengesan data: Kesan tarikh, masa dan maklumat kenalan dalam dokumen anda secara automatik. Lihat Aktifkan pengesan data.
Petikan dan sempang pintar dalam dokumen teks beraneka sahaja: Pilih untuk menggantikan petikan lurus untuk petikan kerinting dan sempang berganda untuk sempang em secara automatik dalam dokumen teks beraneka sahaja. Nyahpilih untuk menggantikan petikan lurus dan sempang berganda secara automatik dalam dokumen teks beraneka, teks biasa dan HTML.
Semak dan betulkan ejaan dalam dokumen teks beraneka sahaja: Pilih untuk menyemak dan membetulkan auto ejaan dalam dokumen teks beraneka sahaja. Nyahpilih untuk menyemak dan membetulkan auto ejaan dalam dokumen teks beraneka, teks biasa dan HTML.
Penggantian teks: Gantikan teks dalam dokumen baharu secara automatik. Sebagai contoh, jika anda menaip “teh”, ia ditukar kepada “the”. Lihat Gantikan teks dan tanda baca dalam dokumen.
Pulihkan Semua Lalai
Klik untuk mengembalikan semua seting dalam anak tetingkap “Dokumen Baharu” dan “Buka dan Simpan” supaya sepadan dengan seting Papan Kekunci.
Pilihan Buka dan Simpan
Pilihan
Perihalan
Apabila Membuka Fail
Paparkan fail HTML sebagai kod HTML dan bukannya teks diformatkan: Sentiasa lihat kod HTML semasa membuka fail HTML. Lihat Bekerja dengan dokumen HTML.
Paparkan fail RTF sebagai kod RTF dan bukannya teks diformatkan: Sentiasa lihat arahan RTF semasa membuka fail RTF. Lihat Lihat arahan RTF.
Apabila Menyimpan Fail
Tambah sambungan “.txt” ke fail teks biasa: Pilih kotak semak untuk sentiasa menggunakan sambungan .txt apabila menyimpan fail teks biasa.
Pengekodan Fail Teks Biasa
Semasa membuka atau menyimpan fail teks biasa, pilih pilihan pengekodan teks lalai daripada menu timbul Pengekodan Fail Teks Biasa. Lihat Jika aksara tidak dipaparkan dengan betul.
Pilihan Penyimpanan HTML
Jenis dokumen: Setkan jenis dokumen lalai semasa menyimpan fail HTML.
Penggayaan: Setkan jenis helaian gaya lata (CSS) lalai apabila menyimpan fail HTML.
Pengekodan: Setkan pengekodan teks lalai untuk menyimpan fail HTML.
Kekalkan ruang putih: Pilih untuk memasukkan kod yang mengekalkan ruang putih dalam teks berformat dokumen anda.
Pulihkan Semua Lalai
Klik untuk mengembalikan semua seting dalam anak tetingkap “Dokumen Baharu” dan “Buka dan Simpan” supaya sepadan dengan seting Papan Kekunci.