Buka dokumen dalam TextEdit pada Mac
TextEdit boleh membuka dokumen dalam format Microsoft Word, OpenDocument, Arkib Web, HTML, teks beraneka dan teks biasa. Anda boleh juga mengubah pemformatan fail HTML dan RTF apabila membukanya.
Buka dokumen
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih Fail > Buka.
Pilih dokumen, kemudian klik Buka.
Jika dokumen anda disimpan dalam iCloud Drive, anda boleh memilih TextEdit dalam bahagian iCloud dari bar sisi, kemudian dwiklik dokumen anda. Lihat Simpan fail dalam iCloud Drive.
Untuk melihat pemformatan lalai fail HTML atau RTF, pilih TextEdit > Seting, kemudian klik Buka dan Simpan. Untuk mendapatkan maklumat tentang melihat pemformatan RTF, lihat Lihat arahan RTF.
Apabila anda menggunakan Mod Gelap, anda boleh memaparkan dokumen dalam TextEdit dengan latar belakang cerah atau gelap. Dalam TextEdit, pilih Paparan > Gunakan Latar Belakang Gelap untuk Tetingkap (tanda semak menandakan latar belakang gelap sedang digunakan); untuk menyahaktifkannya, pilih perintah lagi (tanda semak dikeluarkan). Apabila anda melihat dokumen dalam TextEdit menggunakan latar belakang gelap, sesetengah teks dan warna latar belakang mungkin dipaparkan dengan berbeza pada skrin untuk memastikan kandungan dokumen boleh dibaca.
Ubah format dokumen
Anda boleh mengubah format dokumen anda. Teks biasa (.txt) tidak membenarkan pemformatan. Teks beraneka (.rtf) membolehkan pemformatan, jadual dan imej. Apabila anda mengubah dokumen teks beraneka kepada teks biasa, dokumen akan kehilangan semua gaya teks dan pilihan pemformatan.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih Format > Jadikan Teks Biasa atau Format > Jadikan Teks Beraneka.
Jika terdapat format yang anda lebih suka untuk dokumen baharu, anda boleh setkan format lalai. Pilih TextEdit > Seting, klik Dokumen Baharu, kemudian pilih “Teks beraneka” atau “Teks biasa” di bawah Format.