Tukar seting Umum dalam Terminal pada Mac Gunakan seting Umum dalam Terminal untuk menukar seting tetingkap lalai dan jenis cangkerang yang digunakan apabila tetingkap baharu dibuka dalam Terminal.
Untuk menukar seting ini dalam app Terminal pada Mac anda, pilih Terminal > Seting, kemudian klik Umum.
Buka Terminal untuk saya
Pilihan
Perihalan
Pada permulaan, buka
Pilih konfigurasi tetingkap permulaan.
Tetingkap baharu dengan profil: Pilih "Tetingkap baharu dengan profil," klik menu timbul, kemudian pilih profil.
Kumpulan tetingkap: Pilih "Kumpulan tetingkap," klik menu timbul, kemudian pilih kumpulan.
Cangkerang buka dengan
Pilih cangkerang yang digunakan apabila tetingkap baharu dibuka.
Cangkerang log masuk lalai: Cangkerang log masuk disediakan untuk akaun pengguna anda. Cangkerang log masuk lalai adalah zsh.
Perintah (laluan lengkap): Untuk menggunakan cangkerang lain, masukkan laluan ke cangkerang.
Tetingkap baharu dibuka dengan
Pilih profil dan direktori kerja untuk tetingkap baharu.
Profil Lalai: Buka tetingkap dengan profil lalai.
Profil Sama: Buka tetingkap dengan profil yang digunakan oleh tetingkap aktif.
Direktori Kerja Lalai: Buka tetingkap dengan direktori utama disediakan untuk akaun pengguna anda.
Direktori Kerja Sama: Buka tetingkap dengan direktori kerja yang digunakan oleh tetingkap aktif.
Tab baharu dibuka dengan
Pilih profil dan direktori kerja untuk tab baharu.
Profil Lalai: Buka tab dengan profil lalai.
Profil Sama: Buka tab dengan profil yang digunakan oleh tab aktif.
Direktori Kerja Lalai: Buka tab dengan direktori utama disediakan untuk akaun pengguna anda.
Direktori Kerja Sama: Buka tab dengan direktori kerja yang digunakan oleh tab aktif.
Guna ⌘-1 sehingga ⌘-9 untuk menukar tab
Guna pintasan papan kekunci untuk pilih satu daripada sembilan tab yang pertama dalam bar tab.