Tukar seting Pengekodan dalam Terminal pada Mac
Gunakan seting Pengekodan dalam Terminal untuk setkan pengekodan aksara yang anda mahu tersedia dalam Terminal.
Untuk menukar seting ini dalam app Terminal pada Mac anda, pilih Terminal > Seting, kemudian klik Pengekodan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengekodan | Pilih pengekodan aksara antarabangsa yang anda mahukan tersedia dalam Terminal. Selepas anda memilih pengekodan di sini, ia tersedia dalam menu timbul “Pengekodan teks” dalam anak tetingkap Lanjutan dalam seting Profil. | ||||||||||
Dayakan Semua | Untuk memilih semua pengekodan aksara antarabangsa, klik butang Dayakan Semua. | ||||||||||
Nyahdayakan Semua | Untuk nyahpilih semua pengekodan aksara antarabangsa, klik butang Dayakan Semua. | ||||||||||
Kembali ke Lalai | Untuk kembali ke seting pengekodan aksara antarabangsa lalai, klik Kembali ke Lalai. |