Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika Terminal pada Mac anda mengeluarkan bunyi bip ketika anda menaip
Jika Terminal disetkan untuk meniru terminal VT-100, sesetengah kekunci dinyahaktifkan pada papan kekunci. Apabila anda menekan kekunci yang dinyahaktifkan, Terminal mengeluarkan bunyi bip untuk menunjukkan bahawa aksara tersebut tidak diterima. Anda boleh menukar jenis terminal yang sedang ditiru dalam seting Terminal.
Pergi ke app Terminal pada Mac anda.
Pilih Terminal > Seting, kemudian klik Profil.
Dalam senarai Profil, pilih profil.
Klik Lanjutan.
Di bawah Terminfo, klik menu timbul “Isytihar terminal sebagai”, kemudian pilih jenis terminal.
Di bawah Input, pilih kotak semak untuk laraskan input papan kekunci dan kelakuan Terminal.