Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar kursor tetingkap Terminal pada Mac
Titik di mana teks dimasukkan ke dalam tetingkap Terminal dinyatakan melalui kursor. Anda boleh menyesuaikan warna dan gaya kursor.
Pergi ke app Terminal pada Mac anda.
Pilih Terminal > Seting, kemudian klik Profil.
Dalam senarai Profil, pilih profil.
Klik Teks.
Di bawah Kursor, pilih gaya kursor.
Jika anda mahu kursor berkelip, pilih “kursor Berkelip”.
Untuk menukar warna kursor, klik perigi warna Kursor, kemudian pilih warna.