Gunakan pemboleh ubah persekitaran dalam Terminal pada Mac
Cangkerang menggunakan pembolehubah persekitaran untuk menyimpan maklumat, seperti nama pengguna semasa, nama komputer hos dan laluan lalai ke sebarang perintah. Pembolehubah persekitaran diwarisi oleh semua perintah dilaksanakan dalam konteks cangkerang dan sesetengah perintah bergantung kepada pembolehubah persekitaran.
Anda boleh mencipta pembolehubah persekitaran dan menggunakannya untuk mengawal kelakuan perintah tanpa mengubahsuai perintah itu sendiri. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan pembolehubah persekitaran untuk mempunyai perintah cetak maklumat nyahpepijat ke konsol.
Untuk setkan nilai pembolehubah persekitaran, gunakan perintah cangkerang yang sesuai untuk mengaitkan nama pembolehubah dengan satu nilai. Sebagai contoh, untuk setkan pembolehubah PATH kepada nilai /bin:/sbin:/user/bin:/user/sbin:/system/Library/
, anda perlu masukkan perintah berikut ke tetingkap Terminal:
% PATH=/bin:/sbin:/user/bin:/user/sbin:/system/Library/ export PATH
Untuk melihat semua pembolehubah persekitaran, masukkan:
% env
Apabila anda melancarkan app daripada cangkerang, app mewarisi kebanyakan persekitaran cangkerang, termasuk pembolehubah persekitaran yang diimport. Bentuk warisan ini boleh menjadi cara yang berguna untuk mengkonfigurasi app secara dinamik. Sebagai contoh, app anda boleh menyemak kehadiran (atau nilai) pembolehubah persekitaran dan mengubah sifat sewajarnya.
Cangkerang berbeza menyokong semantik berbeza untuk mengeksport pembolehubah persekitaran. Lihat halaman panduan cangkerang pilihan anda.
Walaupun proses anak cangkerang mewarisi persekitaran cangkerang, cangkerang adalah konteks perlaksanaan berasingan yang tidak berkongsi maklumat persekitaran dengan satu sama lain. Pembolehubah yang anda setkan dalam satu tetingkap Terminal tidak disetkan dalam tetingkap Terminal lain.
Selepas anda menutup tetingkap Terminal, pemboleh ubah yang anda setkan dalam tetingkap tersebut tidak lagi tersedia. Jika anda mahukan nilai pembolehubah diteruskan merentasi sesi dan dalam semua tetingkap Terminal, anda mesti setkannya dalam skrip permulaan cangkerang. Untuk mendapatkan maklumat tentang mengubah suai skrip permulaan zsh cangkerang anda untuk mengekalkan pemboleh ubah dan seting lain merentas berbilang sesi, lihat bahagian "Invocation" halaman panduan zsh.