Bantuan Maklumat Sistem

Selamat Datang ke Maklumat Sistem

Lihat spesifiksi perkakasan, rangkaian dan perisian, semak waranti anda dan lihat cadangan untuk mengosongkan ruang.

Anak tetingkap Gambaran Keseluruhan dalam Maklumat Sistem menunjukkan spesifikasi perkakasan dan perisian asas dan nombor siri untuk Mac anda.
Bahagian spesifikasi perkakasan Laporan Sistem.

Semak keserasian

Sebelum anda membeli perkakasan atau perisian baru, pastikan ia berfungsi dengan Mac anda dengan membandingkan keperluan item dengan Laporan Sistem. Dalam Maklumat Sistem, pilih Fail > Tunjukkan Laporan Sistem.

Anak tetingkap Perkhidmatan dalam Maklumat Sistem menunjukkan pilihan perkhidmatan AppleCare.

Semak waranti anda

Anda tidak perlu melawat Apple Store untuk memeriksa status waranti Mac anda atau melihat jika anda layak untuk membeli liputan AppleCare. Hanya pilih menu Apple > Perihal Mac ini, klik Perkhidmatan, kemudian klik ”Semak status liputan perkhidmatan dan sokongan saya.”

Anak tetingkap Storan dalam Maklumat Sistem menunjukkan perwakilan grafik storan anda.

Kemaskan cakera anda

Lihat graf untuk melihat sekali imbas apa yang memenuhi ruang pada Mac anda. Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik Storan. Untuk mendapatkan cadangan untuk mengosongkan ruang, klik Uruskan.

Dialog “Adakah anda pasti mahu memadamkan Sampah secara automatik” dalam tetingkap Cadangan Storan.

Jangan kosongkan Sampah lagi

Anda boleh membuatkan item yang telah berada dalam Sampah selama 30 hari dibuang secara automatik—dan mengosongkan ruang cakera yang berharga. Pilih Tetingkap > Pengurusan Storan, kemudian klik Aktifkan.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.