![](https://help.apple.com/assets/5AA1935E0946220E357F2BDD/5AA193630946220E357F2BE6/ms_MY/8d0570f55c708516a703c27d8b7aab06.png)
Bantuan Maklumat Sistem
Selamat Datang ke Maklumat Sistem
Lihat spesifiksi perkakasan, rangkaian dan perisian, semak waranti anda dan lihat cadangan untuk mengosongkan ruang.
![Anak tetingkap Gambaran Keseluruhan dalam Maklumat Sistem menunjukkan spesifikasi perkakasan dan perisian asas dan nombor siri untuk Mac anda.](https://help.apple.com/assets/5AA1935E0946220E357F2BDD/5AA193630946220E357F2BE6/ms_MY/9585dfeba542172a16d27fc513a9cbf8.png)
![Bahagian spesifikasi perkakasan Laporan Sistem.](https://help.apple.com/assets/5AA1935E0946220E357F2BDD/5AA193630946220E357F2BE6/ms_MY/f79be92f58da53c467d92e2f2c980924.png)
Semak keserasian
Sebelum anda membeli perkakasan atau perisian baru, pastikan ia berfungsi dengan Mac anda dengan membandingkan keperluan item dengan Laporan Sistem. Dalam Maklumat Sistem, pilih Fail > Tunjukkan Laporan Sistem.
![Anak tetingkap Perkhidmatan dalam Maklumat Sistem menunjukkan pilihan perkhidmatan AppleCare.](https://help.apple.com/assets/5AA1935E0946220E357F2BDD/5AA193630946220E357F2BE6/ms_MY/8b774c33029004f0ce471b1095abb452.png)
Semak waranti anda
Anda tidak perlu melawat Apple Store untuk memeriksa status waranti Mac anda atau melihat jika anda layak untuk membeli liputan AppleCare. Hanya pilih menu Apple > Perihal Mac ini, klik Perkhidmatan, kemudian klik ”Semak status liputan perkhidmatan dan sokongan saya.”
![Anak tetingkap Storan dalam Maklumat Sistem menunjukkan perwakilan grafik storan anda.](https://help.apple.com/assets/5AA1935E0946220E357F2BDD/5AA193630946220E357F2BE6/ms_MY/f7e153cb97a3f56c8e834733c4dd5b4c.png)
Kemaskan cakera anda
Lihat graf untuk melihat sekali imbas apa yang memenuhi ruang pada Mac anda. Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik Storan. Untuk mendapatkan cadangan untuk mengosongkan ruang, klik Uruskan.
![Dialog “Adakah anda pasti mahu memadamkan Sampah secara automatik” dalam tetingkap Cadangan Storan.](https://help.apple.com/assets/5AA1935E0946220E357F2BDD/5AA193630946220E357F2BE6/ms_MY/3b8fc0a74ecd55fa2518be4340d2a3a3.png)
Jangan kosongkan Sampah lagi
Anda boleh membuatkan item yang telah berada dalam Sampah selama 30 hari dibuang secara automatik—dan mengosongkan ruang cakera yang berharga. Pilih Tetingkap > Pengurusan Storan, kemudian klik Aktifkan.
Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Dapatkan maklumat sistem untuk Mac anda, Ketahui cara untuk servis atau membaiki Mac anda dan Optimumkan storan pada Mac anda.