Cari dan padam fail
Gunakan bar sisi anak tetingkap Storan untuk isih item mengikut kategori, lihat jumlah ruang yang digunakan dan cari dokumen, app, buku, filem, sandaran dan fail lain dengan cepat. Kemudian padam apa yang anda tidak perlukan lagi.
Nota: Kategori yang anda lihat mungkin berbeza, bergantung pada app dan fail pada Mac anda.
Klik menu Apple > Perihal Mac Ini, klik Storan di bahagian atas tetingkap, kemudian klik Uruskan.
Klik kategori dalam bar sisi:
Aplikasi, iTunes dan iBooks: Kategori ini menyenaraikan fail secara individu. Untuk memadam item, gerakkan penuding ke atas nama fail, kemudian klik butang Delete .
Nota: Jika anda memadam item yang anda perolehi daripada iTunes Store, App Store, atau iBooks Store menggunakan Apple ID anda, item itersebut masih dalam iCloud dan anda boleh muat turunnya semula.
Dokumen: Lihat semua dokumen pada Mac anda. Anda boleh melihat dengan cepat fail atau muat turun yang besar dengan mengklik butang berkaitan dan isih fail dengan mengklik Nama, Jenis, Terakhir Diakses, atau Saiz berdekatan bahagian atas tetingkap. Anda juga boleh klik Pelayar Fail untuk melihat kandungan dan jumlah storan yang digunakan oleh pelbagai folder dalam sistem fail anda.
Unutk memadam fail, gerakkan penuding ke atas fail, kemudian klik butang Delete ; klik kaca pembesar untuk melihat fail dalam Finder.
iCloud Drive dan Mail: Kategori ini menyediakan cadangan umum untuk mengoptimumkan storan. Untuk menerima cadangan, klik butang.
Fail iOS: Lihat sandaran iOS dan fail perisian tegar disenaraikan secara individu. Untuk memadam item, gerakkan penuding ke atas fail, kemudian klik butang Delete .
Sampah: Dalam kategori ini, klik Kosongkan Sampah untuk memadam semua item dalam Sampah. Gerakkan penuding ke atas fail, kemudian klik butang Delete untuk memadamkan fail individu.