Ketahui cara untuk servis atau baiki Mac anda
Jika Mac anda perlu diservis atau dibaiki, Maklumat Sistem boleh membantu anda untuk mengetahui sama ada Mac anda masih dilindungi waranti dan di mana untuk membaikinya.
Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini.
Klik Perkhidmatan, kemudian buat salah satu yang berikut:
Klik “Semak status perlindungan perkhidmatan dan sokongan saya” untuk melihat jika Mac anda masih dilindungi waranti.
Halaman web terbuka dengan nombor siri Mac anda yang telah dimasukkan. Anda juga boleh lawati tapak web Semak Liputan dan masukkan nombor siri secara manual.
Klik “Tunjukkan pilihan perkhidmatan dan pembaikan saya” untuk melihat pilihan yang tersedia di kawasan anda, termasuk sokongan telefon, Kedai Runcit Apple dan Pembekal Khidmat Sah Apple.
Klik “Beritahu saya selanjutnya tentang produk AppleCare” untuk pergi ke halaman Produk AppleCare.