Ketahui cara untuk servis atau baiki Mac anda
Jika Mac anda perlu diservis atau dibaiki, Maklumat Sistem boleh membantu anda untuk mengetahui sama ada Mac anda masih dilindungi waranti dan di mana untuk membaikinya. Maklumat yang kelihatan dalam anak tetingkap Perkhidmatan menunjukkan liputan semasa Mac anda.
Buka Maklumat Sistem untuk saya
Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini.
Klik Perkhidmatan.
Bergantung kepada liputan semasa Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika Mac anda dalam Waranti Terhad: Klik Butiran untuk melihat maklumat tentang lokasi Apple Store dan Pembekal Khidmat Sah Apple untuk pembaikan, servis, atau melanjutkan waranti Apple anda untuk Mac anda. Klik Dapatkan Sokongan untuk melihat pilihan sokongan perbualan dan telefon yang tersedia.
Jika Mac anda dalam Waranti Terhad dan layak untuk liputan AppleCare+: Klik Tambah untuk melanjutkan liputan dan perkhidmatan anda dengan AppleCare+. Klik Butiran untuk mengetahui tentang liputan perkakasan Waranti Terhad anda, serta pilihan pembaikan dan perkhidmatan yang tersedia di kawasan anda. Klik Dapatkan Sokongan untuk melihat pilihan sokongan perbualan dan telefon yang tersedia.
Jika Mac anda dalam liputan AppleCare+: Klik Butiran untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi Apple Store dan Pembekal Khidmat Sah Apple untuk pembaikan, servis, atau melanjutkan waranti Apple pada Mac anda. Klik Dapatkan Sokongan untuk melihat pilihan sokongan perbualan dan telefon yang tersedia.
Jika anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID anda: Anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda pada Mac untuk melihat liputan waranti dan perkhidmatan semasa. Jika anda tidak mendaftar masuk, baca maklumat umum yang disediakan tentang liputan Mac, kemudian klik Semak Liputan Anda. Klik Dapatkan Sokongan untuk melihat pilihan sokongan perbualan dan telefon yang tersedia.
Untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Daftar Masuk, kemudian ikut arahan atas skrin. Selepas mendaftar masuk, anda boleh membuka anak tetingkap Perkhidmatan pada Maklumat Sistem untuk melihat status liputan anda pada bila-bila masa.
Jika liputan anda telah tamat tempoh: Klik Butiran untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi Apple Store dan Pembekal Khidmat Sah Apple untuk pembaikan, servis, atau melanjutkan waranti Apple pada Mac anda. Klik Dapatkan Sokongan untuk melihat pilihan sokongan perbualan dan telefon yang tersedia.
Untuk mendapatkan maklumat tentang produk AppleCare, lihat halaman Produk AppleCare.