Sesuaikan widget Saham dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac
Untuk lihat cepat pasaran saham, semak widget Saham dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda. Dua widget tersedia:
Widget Simbol: Lihat sebut harga dan jejak prestasi simbol pita tunggal sepanjang hari. Anda boleh menambah berbilang widget Simbol ke Pusat Pemberitahuan.
Widget Senarai Pemerhatian: Lihat sebut harga dan jejak prestasi senarai pemerhatian sepanjang hari. Anda boleh menambah berbilang widget Senarai Pemerhatian ke Pusat Pemberitahuan dan memilih senarai pemerhatian untuk dipaparkan dalam setiap tika widget. Bilangan simbol yang ditunjukkan bergantung pada saiz yang anda pilih untuk widget Senarai Pemerhatian.
Pada Mac anda, klik tarikh dan masa dalam bar menu.
Klik Edit Widget di bahagian bawah senarai widget.
Di sebelah kiri, skrin Edit Widget menunjukkan senarai app yang mempunyai widget, di bahagian tengah, skrin menunjukkan widget yang tersedia untuk app dipilih di sebelah kiri dan di sebelah kanan skrin menunjukkan widget yang anda lihat dalam Pusat Pemberitahuan.
Dalam skrin Edit Widget, klik Saham dalam senarai di sebelah kiri.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah widget Simbol: Tempatkan penuding di atas widget Simbol di tengah skrin Edit Widget, kemudian klik butang Tambah .
Untuk memilih simbol pita yang anda mahu ia paparkan, klik widget yang anda tambah, klik simbol semasa, taipkan nama syarikat atau simbol pita dalam kotak carian, klik simbol dalam senarai hasil carian, kemudian klik Selesai.
Tambah widget Senarai Pemerhatian: Letakkan penuding di atas widget Senarai Pemerhatian di tengah skrin Edit Widget, pilih saiz untuk widget—kecil (K), sederhana (S), atau besar (B), kemudian klik butang Tambah .
Jika anda mempunyai berbilang senarai pemerhatian, anda boleh memilih senarai untuk dipaparkan. Klik widget yang anda tambah, klik nama di sebelah Senarai Pemerhatian, kemudian klik senarai pemerhatian yang anda mahu paparkan.
Jika anda mahu nama senarai pemerhatian dipaparkan dalam widget medium atau besar, aktifkan Tunjukkan Nama Senarai Pemerhatian.
Jika anda mahu maklumat tambahan dipaparkan dalam widget, aktifkan Tunjukkan Butiran Lanjut. Bilangan simbol pita dan maklumat tambahan yang anda lihat bergantung pada saiz dan seting yang anda pilih untuk widget dan mungkin disertakan item seperti simbol pita, harga semasa, nama syarikat, carta garis dan sehingga dua perubahan dalam penunjuk nilai (perubahan harga, perubahan peratusan, atau modal pasaran bergantung pada seting semasa dalam app Saham).
Cuba gabungan saiz dan seting berbeza untuk mencari widget ideal anda.
Untuk melihat sehingga enam simbol pita dalam susunan dua lajur, pilih widget saiz medium, nyahaktifkan Tunjukkan Nama Senarai Pemerhatian dan aktifkan Tunjukkan Butiran Lanjut.
Untuk melihat sehingga 12 simbol pita dalam susunan dua lajur, pilih widget saiz besar dan aktifkan Tunjukkan Butiran Lanjut.
Apabila anda selesai, klik Selesai di bahagian bawah senarai widget di sebelah kanan.
Anda boleh mengedit widget Saham secara terus dalam Pusat Pemberitahuan. Klik tarikh dan masa dalam bar menu untuk menunjukkan Pusat Pemberitahuan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar simbol pita yang dipaparkan dalam widget Simbol: Contorl-klik widget Simbol, pilih Edit Saham, klik simbol pita semasa, taipkan nama syarikat atau simbol pita dalam kotak carian, klik simbol dalam senarai hasil carian, kemudian klik Selesai.
Tukar seting untuk widget Senarai Pemerhatian: Control-klik widget Senarai Pemerhatian, pilih Edit Saham, tukar seting, kemudian klik Selesai. Anda boleh menukar senarai pemerhatian yang dipaparkan dan mengaktifkan atau menyahaktifkan Tunjukkan Nama Senarai Pemerhatian dan Tunjukkan Butiran Lanjut.
Tukar saiz widget Senarai Pemerhatian: Control-klik widget Senarai Pemerhatian, kemudian pilih Kecil, Sederhana, atau Besar.
Keluarkan widget: Control-klik widget yang anda mahu keluarkan, kemudian pilih Keluarkan Widget.
Susun semula widget: Seret widget ke dalam tertib yang anda suka.