Sesuaikan widget Saham dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac
Untuk lihat cepat pasaran saham, semak widget Saham dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda. Dua widget tersedia:
Widget Simbol: Lihat sebut harga dan jejak prestasi simbol pita tunggal sepanjang hari. Anda boleh menambah berbilang widget Simbol ke Pusat Pemberitahuan.
Widget Senarai Pemerhatian: Lihat sebut harga dan jejak prestasi beberapa simbol pita pertama dalam senarai pemerhatian anda sepanjang hari. Bilangan simbol yang ditunjukkan bergantung pada saiz yang anda pilih untuk widget Senarai Pemerhatian.
Pada Mac anda, klik tarikh dan masa dalam bar menu.
Klik Edit Widget di bahagian bawah senarai widget.
Di sebelah kiri, skrin Edit Widget menunjukkan senarai app yang mempunyai widget, di bahagian tengah, skrin menunjukkan widget yang tersedia untuk app dipilih di sebelah kiri dan di sebelah kanan skrin menunjukkan widget yang anda lihat dalam Pusat Pemberitahuan.
Dalam skrin Edit Widget, klik Saham dalam senarai di sebelah kiri.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah widget Simbol: Tempatkan penuding di atas widget Simbol di tengah skrin Edit Widget, kemudian klik butang Tambah . Untuk memilih simbol pita yang anda mahu ia paparkan, klik widget yang anda tambah, klik simbol semasa, taipkan nama syarikat atau simbol pita dalam kotak carian, klik simbol dalam senarai hasil carian, kemudian klik Selesai.
Tambah widget Senarai Pemerhatian: Letakkan penuding di atas widget Senarai Pemerhatian di tengah skrin Edit Widget, pilih saiz untuk widget—kecil (K), sederhana (S), atau besar (B), kemudian klik butang Tambah .
Apabila anda selesai, klik Selesai di bahagian bawah senarai widget di sebelah kanan.
Anda boleh mengedit widget Saham secara terus dalam Pusat Pemberitahuan. Klik tarikh dan masa dalam bar menu untuk menunjukkan Pusat Pemberitahuan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar simbol pita yang dipaparkan dalam widget Simbol: Contorl-klik widget Simbol, pilih Edit Saham, klik simbol pita semasa, taipkan nama syarikat atau simbol pita dalam kotak carian, klik simbol dalam senarai hasil carian, kemudian klik Selesai.
Tukar saiz widget Senarai Pemerhatian: Control-klik widget Senarai Pemerhatian, kemudian pilih Kecil, Sederhana, atau Besar.
Keluarkan widget: Control-klik widget yang anda mahu keluarkan, kemudian pilih Keluarkan Widget.
Susun semula widget: Seret widget ke dalam tertib yang anda suka.