![](https://help.apple.com/assets/63D0293174CBBE672C2E0A6C/63D0293F74CBBE672C2E0A74/ms_MY/0bb7270754a9615f833d1630618135a8.png)
Reset pengecam atau laporkan kebimbangan dalam Saham pada Mac
Apple News dan Saham menggunakan pengecam untuk melaporkan statistik kepada penerbit berita. Anda boleh reset pengecam pada bila-bila masa. Anda juga boleh melaporkan kebimbangan tentang berita.
Reset pengecam
Dalam app Saham
pada Mac anda, pilih Saham > Reset Pengecam.
Klik Reset Pengecam.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengecam, pilih Bantuan > Perihal Saham & Privasi semasa menggunakan app Saham.
Laporkan kebimbangan
Jika anda percaya berita disalah label, tidak sesuai, menyinggung, atau tidak dipaparkan dengan betul, anda boleh melaporkannya.
Nota: Anda boleh melaporkan kebimbangan hanya di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia.
Semasa melihat cerita dalam app Saham
pada Mac anda, pilih Saham > Laporkan Kebimbangan.
Klik kategori di bawah tajuk “Mengapa anda tidak mahu melihat ini?”
Jika anda mahu, anda boleh memasukkan maklumat tambahan tentang kebimbangan tersebut.
Klik Hantar.