Dayakan pintasan dikongsi
Anda boleh menambah pintasan daripada sumber di luar galeri—dari rakan, sandaran peribadi, tapak web dan banyak lagi. Pintasan dikongsi ini dianggap sebagai “tidak boleh dipercayai” dan untuk mengimportnya anda mesti membenarkan pintasan tidak dipercayai dalam seting.
Penting: Jika anda mahu berkongsi pintasan yang anda cipta atau ubah suai, anda juga perlu membenarkan pintasan tidak dipercayai dalam seting.
Benarkan pintasan tidak dipercayai
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, pergi ke Seting > Pintasan.
Aktifkan Benarkan Pintasan Tidak Dipercayai.
Nota: Jika anda tidak melihat seting Benarkan Pintasan Tidak Dipercayai, jalankan pintasan dan kemudian kembali ke Seting.
Terima kasih atas maklum balas anda.