Standard teknikal yang disokong dalam Pintasan
Pintasan menyokong format standard yang biasa digunakan untuk tujuan yang lebih teknikal, seperti ISO 8601 dan RFC 2822:
ISO 8601: Bahagian tarikh mengikut format
YYYY-MM-DD
, yang dipaparkan sebagai2017-06-01
. Jika masa ISO disertakan, masa dan zon waktu ditambah ke tarikh selepas penandaT
dipaparkan sebagai2016-06-01T14:41:36-08:00
.Nota: Format ISO 8601 membantu untuk menyusun tarikh—senarai tarikh ISO 8601 dipaparkan dalam urutan kronologi semasa fail diisih mengikut abjad daripada A-Z.
RFC 2822: Format Mesej Internet yang digunakan untuk mewakili tarikh dan masa secara seragam, termasuk dalam pengepala HTTP dan e-mel. RFC 2822 menyertakan hari dalam minggu yang dipendekkan, tarikh angka, singkatan tiga huruf bulan, tahun, masa dan zon waktu yang dipaparkan seperti
01 Jun 2016 14:31:46 -0700
.Nota: RFC 2282 jarang digunakan di luar Internet—jika anda tidak tahu tentangnya, anda berkemungkinan besar tidak memerlukannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat https://tools.ietf.org/html/rfc2822.