Pencetus perjalanan
Gunakan pencetus perjalanan untuk menjalankan automasi berdasarkan lokasi anda.
Pencetus Tiba mempunyai pilihan berikut:
Lokasi: Ketik Pilih, kemudian pilih lokasi daripada senarai, atau gunakan medan carian untuk mencari lokasi bagi mencetuskan automasi anda.
Petua: Seret bulatan biru pada peta untuk melaraskan sempadan lokasi.
Masa: Perincikan lagi pencetus anda dengan menambah pilihan masa:
Sebarang: Mencetuskan automasi anda apabila anda tiba di lokasi yang ditentukan.
Julat Masa: Mencetuskan automasi anda jika anda tiba di lokasi ditentukan semasa tempoh masa khusus, yang disetkan anda dengan memilih masa mula dan tamat.
Pencetus Bertolak mempunyai pilihan berikut:
Lokasi: Ketik Pilih, kemudian pilih lokasi daripada senarai, atau gunakan medan carian untuk mencari lokasi. Meninggalkan lokasi ini akan mencetuskan automasi anda.
Petua: Seret bulatan biru pada peta untuk melaraskan sempadan lokasi.
Masa: Perincikan lagi pencetus anda dengan menambah pilihan masa:
Sebarang: Mencetuskan automasi anda apabila anda bertolak dari lokasi yang ditentukan.
Julat Masa: Mencetuskan automasi anda jika anda bertolak dari lokasi ditentukan semasa tempoh masa khusus, yang disetkan anda dengan memilih masa mula dan tamat.
Pencetus Sebelum Saya Berulang-alik mempunyai pilihan berikut:
Ramalkan Masa Saya Akan Bertolak Ke: Mencetuskan automasi anda pada masa anda biasanya memulakan perjalanan ulang-alik anda ke destinasi yang dipilih. Pilih pilihan:
Rumah: Alamat yang disetkan sebagai Rumah dalam kenalan anda.
Kerja: Alamat yang disetkan sebagai Tempat Kerja dalam kenalan anda.
Masa: Mencetuskan automasi anda pada minit tertentu sebelum waktu yang biasanya anda tinggalkan rumah atau tempat kerja. Pilih pilihan masa daripada senarai.
Nota: Untuk menggunakan pencetus Sebelum Saya Bertolak, anda mungkin perlu mengesetkan kad kenalan anda dalam Seting peranti anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah info kenalan anda pada iPhone.
Pencetus CarPlay mempunyai pilihan berikut:
Sambung: Mencetuskan automasi anda apabila anda bersambung ke CarPlay.
Memutuskan Sambungan: Mencetuskan automasi anda apabila anda memutuskan sambungan daripada CarPlay.
Menyambungkan atau Memutuskan Sambungan: Mencetuskan automasi anda apabila anda bersambung ke CarPlay dan juga apabila memutuskan sambungan daripada CarPlay.