Jalankan pintasan yang dicadangkan
Siri mencadangkan pintasan berdasarkan penggunaan app iOS atau iPadOS anda, maklumat daripada app pihak ketiga, sejarah pelayar, e-mel, mesej dan maklumat kenalan. Siri juga mencadangkan pintasan yang dicipta dalam app Pintasan. Cadangan ini boleh muncul pada Skrin Utama, pada Skrin Kunci, atau dalam widget Cadangan Siri.
Menggunakan isyarat seperti lokasi, masa dalam hari dan jenis pergerakan (seperti berjalan, berlari, atau berenang), Siri mempelajari masa untuk mencadangkan pintasan paling berkaitan.
Jalankan pintasan yang dicadangkan
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, lakukan salah satu yang berikut:
Daripada Skrin Utama: Leret ke bawah dari bahagian tengah untuk menunjukkan Carian, kemudian ketik pintasan.
Daripada Skrin Kunci: Ketik pintasan yang dicadangkan.
Daripada widget Cadangan Siri: Ketik pintasan yang dicadangkan.