Jalankan pintasan daripada Apple Watch
Anda boleh menjalankan pintasan daripada app Pintasan pada Apple Watch. Secara alternatif, anda boleh menggunakan muka jam Siri untuk menjalankan pintasan yang berkaitan, atau anda boleh menambah komplikasi pintasan pada mana-mana muka jam yang menyokong komplikasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang komplikasi, lihat Panduan Pengguna Apple Watch.
Tunjukkan pintasan pada Apple Watch anda
App Pintasan pada Apple Watch hanya menunjukkan pintasan yang anda dayakan pada peranti iOS atau iPadOS anda.
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintsan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Butiran.
Petua: Untuk mengakses Panduan Pengguna Pintasan, ketik Bantuan Pintasan.
Aktifkan Tunjukkan pada Apple Watch.
Ketik Selesai.
Pintasan muncul dalam app Pintasan pada Apple Watch anda.
Untuk melihat semua pintasan yang didayakan pada Apple Watch anda, ketik Pintasan di penjuru kiri atas app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, kemudian ketik Apple Watch.
Jalankan pintasan pada Apple Watch
Anda boleh menjalankan pintasan dalam app Pintasan pada Apple Watch anda atau daripada komplikasi.
Daripada app Pintasan, ketik pintasan.
Untuk menjalankan pintasan sebagai komplikasi, ketik komplikasi pada muka jam anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pintasan yang berfungsi dengan baik pada jam anda (tanpa membuka app Pintasan pada iPhone, iPad, atau iPod Touch anda), lihat Perihal tindakan pintasan dalam pintasan rumit.