![](https://help.apple.com/assets/5D38A6ED0946225A2D640948/5D38A6F70946225A2D640958/ms_MY/c10e8a839dc838a25d0feb0e9e428a0a.png)
Gunakan tindakan Tunjukkan Pemberitahuan dalam pintasan
Tindakan Tunjukkan Pemberitahuan mencipta pemberitahuan sistem. Tunjukkan Pemberitahuan dijalankan serta-merta dan berterusan kepada tindakan seterusnya (tidak seperti tindakan Tunjukkan Isyarat, yang menjeda pintasan).
Media yang diserahkan ke dalam pemberitahuan dipaparkan dalam pratonton kaya, seperti imej atau lokasi Peta.
![Tindakan Tunjukkan Pemberitahuan dalam editor pintasan dan isyarat Kini Dimainkan Muzik dipanggil oleh tindakan Tunjukkan Pemberitahuan.](https://help.apple.com/assets/5D38A6ED0946225A2D640948/5D38A6F70946225A2D640958/ms_MY/b144e6c0f4ef7a8783a43c814541501e.png)
Apabila pintasan Trek Semasa (ditunjukkan di bawah) dijalankan, tajuk, artis, nama album dan karya seni album untuk artis yang sedang dimainkan dipaparkan dalam pemberitahuan.
Nota: Untuk memaparkan karya seni album dalam pemberitahuan, lagu atau album mesti ditambah ke pustaka muzik anda.