![](https://help.apple.com/assets/5BD750C1094622A9114E3435/5BD750CA094622A9114E3445/ms_MY/c10e8a839dc838a25d0feb0e9e428a0a.png)
Gunakan tindakan Tunjukkan Pemberitahuan dalam pintasan
Tindakan Tunjukkan Pemberitahuan mencipta pemberitahuan sistem. Tunjukkan Pemberitahuan dijalankan serta-merta dan berterusan ke tindakan seterusnya (tidak seperti tindakan Tunjukkan Isyarat, yang menjeda pintasan).
Media yang diserahkan ke dalam pemberitahuan dipaparkan dalam pratonton kaya, seperti imej atau lokasi Peta.
![Tindakan Tunjukkan Pemberitahuan dalam editor pintasan dan isyarat Kini Dimainkan iTunes dipanggil oleh tindakan Tunjukkan Pemberitahuan.](https://help.apple.com/assets/5BD750C1094622A9114E3435/5BD750CA094622A9114E3445/ms_MY/91d902e33a945b6c82749fa5afc895a3.png)
Apabila pintasan Trek Semasa (ditunjukkan di bawah) dijalankan, tajuk, artis, nama album dan karya seni album untuk artis yang sedang dimainkan dipaparkan dalam pemberitahuan.
![Pemberitahuan menunjukkan lagu, artis, album dan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan.](https://help.apple.com/assets/5BD750C1094622A9114E3435/5BD750CA094622A9114E3445/ms_MY/8146aeb0a179faedffb1defe25dda26e.png)
Nota: Untuk memaparkan karya seni album dalam pemberitahuan, lagu atau album mesti ditambah ke pustaka muzik anda.