Pengehadan API dalam Pintasan pada Mac
Terdapat beberapa pengehadan semasa bekerja dengan API dalam Pintasan:
OAuth: OAuth 2, sistem pengesahan yang memerlukan pengguna memasukkan nama pengguna dan kata laluan mereka secara manual dalam halaman log masuk, tidak disokong pada masa ini.
Pelbagai titik tamat: API biasanya mempunyai pelbagai titik tamat yang anda boleh gunakan untuk meminta jenis data berbeza. Bekerja dengan sesetengah API mungkin memerlukan siri panggilan API, pertama untuk mengambil data yang tersedia dan kemudian untuk menambah, kemas kini, atau padam lebih data.
Pengehadan kadar: Banyak API mempunyai pengehadan terhadap kekerapan anda boleh membuat permintaan. Pengehadan ini bertujuan untuk mengehadkan penyalahgunaan perkhidmatan API jika seseorang membuat ribuan atau jutaan permintaan secara program. Perkhidmatan API boleh dihadkan mengikut jam, hari, bulan, atau mungkin memerlukan anda membayar untuk akses API selepas melebihi had ini.
Nota: Penggunaan sebarang API web dalam Pintasan tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan tersebut.
Menggunakan tindakan Ulang untuk membuat permintaan yang banyak dalam tempoh masa yang singkat mungkin menyebabkan lebihan penggunaan. Jika anda mencapai had penggunaan, anda mungkin perlu menunggu sehingga perkhidmatan anda dipulihkan dan/atau jadikan proses anda dalam kelompok untuk melaksanakan jumlah operasi yang terhad pada satu masa.