Tukar tataletak pintasan pada Mac
Secara lalai, app Pintasan memaparkan pintasan dalam paparan grid, dalam tertib anda mencipta pintasan.
Anda boleh menukar paparan untuk memaparkan pintasan anda dalam senarai. Paparan senarai membolehkan anda mengisih pintasan dengan mudah mengikut nama, kiraan tindakan dan banyak lagi.
Tukar paparan
Dalam app Pintasan pada Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Tukar daripada paparan grid ke paparan senarai: Daripada sebarang skrin yang memaparkan pintasan anda, klik .
Tukar daripada paparan senarai ke paparan grid: Daripada sebarang skrin yang memaparkan pintasan anda, klik .
Isih pintasan dalam senarai Paparan
Apabila pintasan anda dipaparkan dalam paparan senarai, anda boleh menukar tertib pengisihannya.
Dalam app Pintasan pada Mac anda, pastikan butang Paparan Senarai dipilih dalam bar alat, kemudian klik pengepala lajur untuk mengisih.
Anda boleh mengklik pengepala lagi untuk menogol antara tertib menaik dan menurun.