Lihat halaman web terbuka pada peranti lain anda menggunakan Safari pada Mac
Butang Tunjukkan Semua Tab membolehkan anda melihat halaman web yang telah anda buka pada komputer Mac (macOS Sierra atau lebih baru) dan peranti iOS (iOS 11 atau lebih baru) lain anda. Pastikan Safari diaktifkan di keutamaan iCloud (pada Mac anda) dan dalam Seting > iCloud (pada peranti iOS anda).
Lihat halaman web dibuka pada peranti lain
Klik butang Tunjukkan Semua Tab untuk melihat halaman web dibuka pada Mac anda bersama dengan senarai halaman web dibuka pada peranti lain anda. Klik satu halaman web untuk membukanya.
Anda juga boleh memasukkan sebahagian daripada nama halaman dalam medan Carian Pintar, kemudian klik halaman dalam bahagian Tab iCloud dari hasil carian.
Tutup halaman web dibuka pada peranti lain
Klik butang Tunjukkan Semua Tab , alihkan penuding ke atas halaman web disenaraikan di bawah peranti anda, kemudian klik butang Tutup yang muncul di sebelah kanan.
Serahkan halaman web antara peranti
Apabila peranti iOS anda berdekatan Mac anda, klik atau leret ikon Handoff untuk memindahkan halaman web yang sedang anda lihat dari satu peranti ke peranti yang lain. Ikon Handoff muncul di sebelah kiri Dock atau pada skrin Kunci peranti anda. Untuk maklumat selanjutnya, lihat Teruskan di mana anda berhenti dengan Handoff.
Anda tidak boleh menggunakan Handoff untuk menghantar tetingkap Pelayaran Peribadi.