Mainkan video web dalam Safari pada Mac
Apabila anda menjumpai video di web, hanya klik Main untuk menontonnya. Dengan Gambar dalam Gambar, anda boleh mainkan video dalam tetingkap boleh gerak yang “terapung” di atas semua yang lain, supaya anda boleh selalu melihatnya, tidak kira apa yang anda sedang lakukan. Anda boleh menyeret tetingkap ke sebarang penjuru skrin dan tetingkap itu akan kekal, biarpun anda bertukar ruang desktop. Anda boleh mensaiz semula tetingkap untuk melihat lebih atau kurang apa yang di belakangnya.
AirPlay membolehkan anda memainkan video web pada sebarang HDTV dengan Apple TV—tanpa menunjukkan sepenuhnya desktop anda.
Mainkan video web dengan Gambar dalam Gambar
Navigasi ke video web anda mahu main.
Klik dan tahan butang Audio dalam medan Carian Pintar atau dalam tab.
Pilih Masuk Gambar dalam Gambar.
Main video web pada HDTV anda
Navigasi ke video web anda mahu main.
Video web yang serasi mempunyai ikon AirPlay .
Klik ikon AirPlay , kemudian pilih Apple TV anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AirPlay, lihat Gunakan AirPlay untuk menstrim Mac anda pada HDTV.