Medan Carian Pintar

Anda boleh menggunakan medan Carian Pintar dalam Safari sebagai medan alamat dan carian dan untuk pergi ke tapak web kegemaran anda.

Medan Carian Pintar Safari, tempat anda boleh memasukkan nama halaman atau URL.

Ini adalah beberapa cara untuk menggunakan medan Carian Pintar:

Pergi ke halaman web: Masukkan nama halaman atau URL.

Cari: Masukkan perkataan atau frasa. Semasa anda menaip, Cadangan Safari muncul. Pilih cadangan atau tekan Return untuk mencari apa yang anda taip.

Pergi ke tapak web kegemaran: Klik medan Carian Pintar untuk melihat tapak web kegemaran anda di bawah medan. Klik ikon tapak web yang anda mahu lawati.

Ulang carian: Padam semua teks dalam medan, klik kaca pembesar , kemudian pilih carian terbaru.