Tukar seting Umum untuk app web pada Mac
Dalam Safari pada Mac, anda boleh menukarkan sebarang tapak web menjadi app dengan menambahnya ke Dock. Lihat Tukar tapak web menjadi app dalam Safari.
Selepas anda menambah app web ke Dock, anda boleh menukar setingnya. Gunakan seting Umum untuk memilih nama, URL dan ikon bagi app web, serta untuk memilih penampilan kawalan navigasi dan bar tajuk.
Untuk menukar seting ini, klik app web dalam Dock untuk membukanya, klik nama app dalam bar menu dan pilih Seting, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Aplikasi | Masukkan nama untuk app web yang anda mahu lihat dalam bar menu dan untuk ikon dalam Dock. | ||||||||||
URL Aplikasi | Masukkan URL untuk app web, atau klik Setkan ke Halaman Semasa untuk menggunakan halaman web aktif semasa. | ||||||||||
Ikon | Klik untuk memilih imej yang berbeza bagi ikon Dock. | ||||||||||
Tunjukkan kawalan navigasi | Tunjukkan butang Balik , butang Maju dan butang Kongsi dalam bar alat. | ||||||||||
Tunjukkan warna dalam bar tajuk | Tunjukkan warna app web dalam bar alat. |