Tukar seting Privasi untuk app web pada Mac
Dalam Safari pada Mac, anda boleh menukarkan sebarang tapak web menjadi app dengan menambahnya ke Dock. Lihat Tukar tapak web menjadi app dalam Safari.
Selepas anda menambah app web ke Dock, anda boleh menukar setingnya. Gunakan seting Privasi untuk membenarkan app web mengakses Mac anda, mengosongkan data tapak web dan mengawal cara serta masa anda menerima pemberitahuan.
Untuk menukar seting ini, klik app web dalam Dock untuk membukanya, klik nama app dalam bar menu dan pilih Seting, kemudian klik Privasi.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Seting Privasi & Keselamatan | Benarkan app web mengakses kamera dan mikrofon pada Mac anda, skrin anda dan lokasi Mac anda. | ||||||||||
Data Tapak Web | Kosongkan data tapak web untuk app web. | ||||||||||
Pemberitahuan | Pilih masa anda tidak mahu diganggu dengan pemberitahuan daripada app web dan kawal cara pemberitahuan ditunjukkan dalam Pusat Pemberitahuan. Pilihan Pemberitahuan kelihatan untuk app web hanya selepas tapak web menggesa anda untuk membenarkan pemberitahuan. |