Ambil nota tentang halaman web dalam Safari pada Mac
Semasa anda membaca halaman web dalam Safari, anda boleh mencatat idea tentang halaman web, menyalin teks daripada halaman web dan menampal alamat halaman web dalam Nota Cepat, tanpa perlu keluar daripada Safari lagi.
Catat idea tentang halaman web dalam nota
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pergi ke halaman web.
Tekan kekunci Fn dan Q.
Masukkan teks dalam Nota Cepat yang kelihatan.
Salin teks daripada halaman web ke nota
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pergi ke halaman web.
Pilih teks.
Control-klik teks, kemudian pilih Tambah ke Nota Cepat.
Pautan ke halaman web kelihatan dalam Nota Cepat dan teks dalam Safari diserlahkan. Apabila anda melawat semula tapak web, serlahan anda masih di situ dan imej kecil Nota Cepat kelihatan di penjuru kanan bawah skrin.
Tampal alamat halaman web dalam nota
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pergi ke halaman web.
Klik , kemudian pilih Tambah ke Nota Cepat.
Anda boleh mengedit Nota Cepat sama seperti nota lain. Untuk membuka semula Nota Cepat, gerakkan penuding ke sudut pantas untuk Nota Cepat (secara lalai, penjuru kanan bawah skrin), kemudian klik nota yang kelihatan. Lihat Gunakan sudut pantas.
Jika anda sentiasa mahu memulakan Nota Cepat baharu (berbanding menambah ke sebelumnya), buka app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Seting, kemudian nyahpilih “Sentiasa teruskan pada Nota Cepat terakhir”.
Anda boleh mencari Nota Cepat anda dalam folder Nota Cepat dalam app Nota.