Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar laman utama anda dalam Safari pada Mac
Anda boleh menggunakan sebarang halaman web sebagai laman utama anda dan jadikannya ditunjukkan apabila anda membuka tetingkap baharu atau tab baharu.
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pilih Safari > Seting, kemudian klik Umum.
Dalam medan Laman Utama, masukkan alamat halaman web. Untuk hanya menggunakan halaman web yang anda sedang lihat sekarang, klik Setkan ke Halaman Semasa.
Pilih bila laman utama anda ditunjukkan.
Buka tetingkap baharu dengan laman utama anda: Klik menu timbul “Tetingkap baharu dibuka dengan”, kemudian pilih Laman Utama.
Buka tab baharu dengan laman utama anda: Klik menu timbul “Tab baharu dibuka dengan”, kemudian pilih Laman Utama.
Untuk membuka laman utama anda dalam Safari dengan cepat, pilih Sejarah > Utama.