Hentikan main auto video dalam Safari pada Mac
Sesetengah tapak web—dan orang lain yang membekalkan tapak tersebut dengan kandungan, termasuk pengiklan—memainkan video secara automatik apabila anda melawat tapak mereka. Menyenyapkan tab dan tetingkap adalah penyelesaian yang cepat dan sementara, tetapi anda boleh sekat video secara kekal untuk tapak web individu atau semua tapak web.
Sekat video untuk tapak web semasa yang dipaparkan
Pilih Safari > Seting untuk Tapak Web Ini.
Anda juga boleh Control-klik dalam medan Carian Pintar, kemudian pilih Seting untuk Tapak Web Ini.
Tahan penuding ke sebelah kanan Main Auto, kemudian klik menu timbul dan pilih pilihan:
Benarkan Semua Main Auto: Benarkan video pada tapak web ini main secara automatik.
Hentikan Media dengan Bunyi: Sekat main auto untuk video yang mengandungi audio, tetapi benarkan video lain untuk bermain.
Jangan Main Auto: Sekat main auto untuk semua video pada tapak web ini.
Sekat video untuk semua tapak web
Pilih Safari > Keutamaan, kemudian klik Tapak Web.
Klik Main Auto dalam senarai pada sebelah kiri.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pilih seting untuk tapak web dalam senarai: Pilih tapak web di sebelah kanan, kemudian pilih pilihan yang anda mahu untuknya.
Pilih seting untuk semua tapak web yang tidak disesuaikan sekarang: Klik menu timbul “Apabila melawat tapak web lain”, kemudian pilih pilihan.
Anda boleh melihat tapak web yang anda sesuaikan di bawah Tapak Web Dikonfigurasi. Jika anda tidak melihat Tapak Web Dikonfigurasi, sama ada anda belum menyesuaikan tapak web, atau anda telah mengosongkan senarai.
Pilih seting untuk semua tapak web: Pastikan tiada tapak web disenaraikan di bawah Tapak Web Dikonfigurasi (untuk mengosongkan senarai dengan cepat, pilih tapak web, kemudian pilih Keluarkan). Klik menu timbul “Apabila melawat tapak web lain”, kemudian pilih pilihan.