
Mainkan video web dalam Safari pada Mac
Dengan Gambar dalam Gambar, anda boleh mainkan video dalam tetingkap boleh gerak yang “terapung” di atas semua yang lain, supaya anda boleh selalu melihatnya, tidak kira apa yang anda sedang lakukan. Dengan AirPlay, anda boleh memainkan video web pada sebarang HDTV dengan Apple TV—tanpa menunjukkan perkara lain pada desktop anda.
Mainkan video web dengan Gambar dalam Gambar
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Pergi ke video web dan mula memainkannya.
Klik
dalam medan Carian Pintar, kemudian pilih Masukkan Gambar dalam Gambar.
Klik
untuk mengundur ke belakang 10 saat. Klik
untuk melangkau ke depan 10 saat.
Anda boleh menyeret tetingkap ke mana-mana penjuru skrin dan tetingkap itu akan kekal, biarpun anda bertukar ruang desktop. Anda boleh mensaiz semula tetingkap untuk melihat lebih atau kurang apa yang di belakangnya.
Klik untuk mengembalikan video ke tetingkap asal dan teruskan bermain. Klik
untuk mengembalikan video ke tetingkap asal dan menjeda bermain.
Main video web pada HDTV anda
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Navigasi ke video web yang anda mahu mainkan.
Video web yang serasi mempunyai ikon AirPlay
dalam kawalan video di bahagian bawah tetingkap video.
Klik
, kemudian pilih Apple TV anda.