![](https://help.apple.com/assets/5E1915E8094622053019F72E/5E1915EB094622053019F735/ms_MY/4236b540374dd23e0ba9e00d84f328ac.png)
Jika anda tidak boleh menyimpan kata laluan dalam Safari pada Mac
Anda boleh menggunakan Isi Auto untuk mengingat kata laluan yang anda masukkan untuk tapak web, kemudian mengisi maklumat yang disimpan dengan mudah apabila anda melawat semula tapak web yang sama. Jika anda tidak dapat menyimpan kata laluan anda untuk tapak web, cuba cadangan ini.
Pastikan Isi Auto diaktifkan: Pilih Safari > Keutamaan, klik Isi Auto, kemudian pastikan “Nama pengguna dan kata laluan” dipilih.
Keluarkan status “jangan simpan”: Jika anda memilih untuk tidak menyimpan kata laluan bagi tapak web ini (dengan mengklik Jangan dalam dialog yang muncul apabila anda mula-mula mendaftarnya), kata laluan anda tidak dapat disimpan sehingga anda mengeluarkan status itu. Pilih Safari > Keutamaan, kemudian klik Kata Laluan. Dalam senarai, pilih tapak web (“tidak pernah disimpan” patut muncul bersebelahannya), kemudian klik Keluarkan.
Hubungi pentadbir tapak web: Tanya jika tapak web membenarkan kata laluan disimpan.