Jika anda tidak boleh membuka tapak web dalam Safari pada Mac
Jika anda tidak dapat membuka tapak web, cuba cadangan ini.
Semak mesej yang dipaparkan apabila halaman gagal untuk dibuka. Ia mungkin mencadangkan cara untuk selesaikan masalah atau masukkan maklumat yang anda perlukan bagi menyelesaikannya.
Pastikan anda menggunakan alamat yang betul untuk halaman web. Jika anda menyalin dan menampal alamat, pastikan ia tidak mempunyai aksara tambahan atau aksara yang hilang di permulaan atau penghujung.
Jika tapak web memerlukan sambungan VPN, pastikan ia berfungsi dengan betul. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sambung ke VPN.
Cuba memasukkan /index.html atau /index.htm di penghujung alamatnya.
Pilih Lihat > Muat Semula Halaman. Jika halaman masih tidak terbuka, keluar dari Safari, buka ia semula, kemudian cuba lagi.
Pelayan tapak web mungkin sibuk, atau tapak web mungkin tidak tersedia buat sementara waktu. Cuba lagi nanti.
Jika anda menyambung kepada Internet menggunakan rangkaian korporat atau perusahaan, rangkaian mungkin mempunyai tembok api yang menghalang anda membuka halaman web. Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk bantuan.
Jika komputer atau rangkaian anda dilindungi oleh tembok api, anda mungkin perlu tentukan pelayan proksi untuk akses sesetengah laman Internet. Untuk maklumat lanjut, lihat Sediakan pelayan proksi menggunakan Safari pada Mac.
Hubungi pemilik tapak web untuk mengetahui jika pelayan web mempunyai masalah, atau jika tapak web tidak serasi dengan Safari. Sebagai contoh, Safari tidak dapat membuka tapak web yang menggunakan protokol lain daripada http atau https.
Gunakan versi terkini Safari. Untuk menyemak kemas kini Safari, pilih menu Apple > App Store, kemudian klik Kemas Kini. Untuk maklumat selanjutnya, lihat Pastikan Mac anda dikemas kini.
Halaman mungkin disekat oleh Penyekat Kandungan yang anda pasangkan. Untuk melihat jika isu berlaku tanpa Penyekat Kandungan, klik dan tahan butang Muat Semula, kemudian pilih Muat Semula Tanpa Penyekat Kandungan.