Bantuan Peringatan

Selamat Datang ke Peringatan

Gunakan Mac anda untuk mengingatkan anda tentang semua yang anda perlu lakukan, pergi, atau lihat.

Tetingkap Peringatan dengan berbilang senarai peringatan seperti Barangan Runcit, perjalanan Perkhemahan dan Buku dalam bahagian Pada Mac Saya.
Helaian Peringatan Tambah Akaun.

Berbilang akaun, satu senarai tugasan

Uruskan semua senarai tugasan anda dalam Peringatan, walaupun mereka berada dalam akaun berbeza seperti iCloud, Exchange, Yahoo atau AOL. Hanya pilih Peringatan > Tambah Akaun.

Tetingkap info untuk senarai peringatan, menunjukkan senarai dikongsi dengan satu orang.

Koordinasi dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja

Mahukan bantuan merancang peristiwa anda yang seterusnya? Kongsi senarai peringatan anda dengan orang lain yang mempunyai akaun dengan penyedia yang sama dan lihat tugas disilang keluar. Tunjuk ke senarai yang anda mahu kongsikan, kemudian klik butang Kongsi Senarai.

Tetingkap Info untuk peringatan, sediakan untuk menghantar isyarat pemberitahuan di lokasi.

Jangan lupa tugasan lagi

Perlukan peringatan untuk peringatan anda? Hanya setkan pemberitahuan untuk menerima isyarat apabila peringatan cukup tempoh. Tahan penuding ke sebelah kanan peringatan, kemudian klik butang Info.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.