Tetapkan peringatan dikongsi dalam Peringatan pada Mac
Apabila anda berkongsi senarai peringatan iCloud, anda boleh menetapkan peringatan kepada sesiapa yang menyertai senarai dikongsi.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia jika anda menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Tetapkan peringatan
Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.
Pilih senarai dikongsi dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan satu daripada berikut:
Klik tajuk peringatan, klik , kemudian pilih penerima daripada senarai.
Pilih peringatan, klik , klik menu timbul Tetapkan Pada, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Control-klik peringatan, pilih Tetapkan, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Apabila anda menetapkan peringatan kepada orang selain anda sendiri, mereka menerima pemberitahuan. Anda boleh menyenyapkan pemberitahuan untuk peringatan ditetapkan. Lihat Tukar seting dalam Peringatan.
Tetapkan semula peringatan
Anda boleh menetapkan semula peringatan kepada orang lain, atau memilih Tiada untuk membiarkan peringatan tidak ditetapkan.
Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.
Pilih senarai dikongsi dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan satu daripada berikut:
Klik tajuk peringatan, klik , kemudian pilih penerima daripada senarai. Butang Tetapkan menunjukkan nama penerima semasa.
Pilih peringatan, klik , klik menu timbul Tetapkan Pada, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Control-klik peringatan, pilih Tetapkan, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Klik butang Penerima, yang menunjukkan gambar atau parap orang, pilih Tetapkan Semula, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Keluarkan penetapan
Anda boleh mengeluarkan penetapan untuk membiarkan peringatan tidak diperuntukkan kepada sesiapa.
Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.
Pilih senarai dikongsi dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan satu daripada berikut:
Klik butang Penerima, yang menunjukkan gambar atau parap orang, kemudian pilih Keluarkan Penetapan.
Pilih peringatan, klik , klik menu timbul Tetapkan Pada, kemudian pilih Tiada.
Control-klik peringatan, pilih Tetapkan, kemudian pilih Tiada.