Isih peringatan dalam senarai pada Mac
Anda boleh mengisih peringatan dalam senarai anda—termasuk Senarai Pintar Hari Ini, Dibendera dan Ditetapkan—secara automatik mengikut tarikh jangka, tarikh penciptaan, keutamaan (rendah, sederhana atau tinggi) atau tajuk (mengikut huruf). Anda juga boleh mengisih senarai secara manual dengan menyeret senarai mengikut tertib yang anda mahu.
Apabila anda mengisih senarai, tertib isihan dikemas kini pada semua peranti Apple anda yang didaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama dan menggunakan Peringatan iCloud. Jika anda mengisih senarai dikongsi, tertib isihan tidak diubah pada peranti peserta lain.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia jika anda menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.
Pilih senarai peringatan dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan satu daripada berikut:
Isih peringatan secara automatik: Pilih Paparan > Isih Mengikut, kemudian pilih pilihan isih (Tarikh Jangka, Tarikh Penciptaan, Keutamaan, atau Tajuk).
Peringatan sedia ada diisih serta-merta dan sebarang peringatan baharu yang anda tambahkan kepada senarai diisih secara automatik.
Isih peringatan secara manual: Seret peringatan ke dalam tertib yang anda mahu.
Secara lalai, Senarai Pintar Dijadualkan diisih mengikut tarikh. Apabila anda menyeret peringatan dalam Senarai Pintar Dijadualkan ke tarikh berlainan, seting tarikh peringatan dikemas kini.
Jika anda menyeret peringatan dalam jadual yang diisih secara automatik, pilihan isih untuk senarai ditukar kepada Manual.
Jika anda mengisih senarai secara manual dan berikutnya menukar kepada mengisih pilihan kepada Automatik, anda boleh memilih Paparan > Isih Mengikut > Manual untuk mengembalikan senarai kepada tertib isihan manual sebelumnya.
Untuk menukar arah isihan automatik, pilih Paparan > Isih Mengikut, kemudian pilih pilihan untuk arah isihan.
Arah isihan tersedia berbeza, bergantung pada cara senarai diisih:
Jika senarai diisih mengikut Tarikh Jangka: Pilih Terawal Dahulu atau Terkini Dahulu.
Jika senarai diisih mengikut Tarikh Penciptaan: Pilih Paling Lama Dahulu atau Paling Baharu Dahulu.
Jika senarai diisih mengikut Keutamaan: Pilih Terendah Dahulu atau Tertinggi Dahulu.
Jika senarai diisih mengikut Tajuk: Pilih Menaik atau Menurun.
Petua: Untuk mengakses pilihan isih dengan cepat, Control-klik tajuk senarai peringatan dalam bar sisi, pilih Isih Mengikut, kemudian pilih pilihan.