Bermula dengan Peringatan pada Mac
Ketahui asas untuk bermula dengan app Peringatan dengan cepat pada Mac anda.
Manfaatkan peringatan iCloud
Kemas kini peringatan iCloud anda untuk memanfaatkan ciri lanjutan, seperti Senarai Pintar Tersuai dan senarai barang runcit yang dikategorikan secara automatik. Apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada semua peranti Apple, anda boleh melihat dan mengurus peringatan anda—pada bila-bila masa dan pada mana-mana peranti anda.
Cipta atau edit peringatan
Klik ruang di bawah senarai peringatan atau klik untuk menambah peringatan baharu. Anda boleh menambah nota, tag, tarikh atau lokasi ke peringatan anda dengan mengklik .
Cipta senarai barang runcit
Anda boleh mencipta senarai barang runcit yang mengisih item yang anda tambah ke dalam bahagian berbeza secara automatik, seperti Daging, Bahan Basah, serta Snek & Gula-gula. Untuk mencipta senarai barang runcit, klik Fail > Senarai Baharu, kemudian pilih Barang Runcit dalam menu timbul Jenis Senarai. Anda juga boleh mencipta senarai Standard dan Pintar.
Bekerjasama pada senarai
Anda boleh menghantar jemputan untuk bekerjasama pada senarai dalam Mesej atau Mail, atau kongsi pautan. Klik , kemudian pilih pilihan. Jika anda berkongsi dalam Mesej, semua orang dalam jaluran ditambahkan ke senarai secara automatik. Selepas anda menjemput orang lain untuk menyertai, anda boleh menjejak aktiviti, mengurus kerjasama, serta menetapkan peringatan dikongsi.
Lihat perkara akan datang
Kekal mengikuti peringatan akan datang dan pastikan anda tidak terlepas apa-apa. Untuk menambah tarikh ke peringatan, letakkan kursor anda ke atas peringatan sehingga kelihatan. Klik , pilih Pada Hari, kemudian pilih tarikh dan masa yang anda mahu diingatkan. Anda boleh melihat semua peringatan berjadual anda diisih mengikut tarikh dan masa dalam senarai Hari Ini atau Dijadualkan dalam bar sisi.
Mahu mengetahui lebih lanjut?