Tambah subtugas ke peringatan pada Mac
Inden peringatan untuk menukarkannya menjadi subtugas peringatan di atasnya.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih satu atau lebih peringatan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Seret peringatan itu ke atas peringatan yang lain.
Tekan Command-].
Pilih Edit > Inden Peringatan.
Nota: Anda tidak boleh mencipta subtugas dalam Senarai Pintar Hari Ini, Dijadualkan, atau Dibendera, atau dalam Senarai Pintar tersuai.
Untuk menukar subtugas menjadi peringatan biasa semula, pilih peringatan, kemudian pilih Edit > Outden Peringatan (atau tekan Command-[).
Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan subtugas peringatan dengan mengklik butang ( atau ) di sebelah kanan peringatan. Jika anda melengkapkan, memadam, atau mengalihkan peringatan induk, subtugasnya juga dilengkapkan, dipadam, atau dialihkan.