Tetapkan peringatan dikongsi dalam Peringatan pada Mac
Apabila anda berkongsi senarai peringatan iCloud, anda boleh menetapkan peringatan kepada sesiapa yang menyertai senarai dikongsi.
Tetapkan peringatan
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih senarai dikongsi dalam bar sisi.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik tajuk peringatan, klik butang Tetapkan Peringatan , kemudian pilih penerima daripada senarai.
Pilih peringatan, klik butang Info , klik menu timbul Tetapkan Pada, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Control-klik peringatan, pilih Tetapkan, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Apabila anda menetapkan peringatan kepada orang selain anda sendiri, mereka menerima pemberitahuan.
Tetapkan semula peringatan
Anda boleh menetapkan semula peringatan kepada orang lain, atau memilih Tiada untuk membiarkan peringatan tidak ditetapkan.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih senarai dikongsi dalam bar sisi.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik tajuk peringatan, klik butang Tetapkan Peringatan , kemudian pilih penerima daripada senarai. Butang Tetapkan menunjukkan nama penerima semasa.
Pilih peringatan, klik butang Info , klik menu timbul Tetapkan Pada, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Control-klik peringatan, pilih Tetapkan, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Klik butang Penerima, yang menunjukkan gambar atau parap orang, pilih Tetapkan Semula, kemudian pilih penerima daripada senarai.
Keluarkan penetapan
Anda boleh mengeluarkan penetapan untuk membiarkan peringatan tidak diperuntukkan kepada sesiapa.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih senarai dikongsi dalam bar sisi.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik butang Penerima, yang menunjukkan gambar atau parap orang, kemudian pilih Keluarkan Penetapan.
Pilih peringatan, klik butang Info , klik menu timbul Tetapkan Pada, kemudian pilih Tiada.
Control-klik peringatan, pilih Tetapkan, kemudian pilih Tiada.