Bantuan Pratonton

Selamat Datang ke Pratonton

Lihat dan anotasi PDF, isikan dan tandatangan borang dan edit imej. Apabila anda selesai, kongsi fail anda, eksport PDF dilindungi kata laluan, atau eksport imej dalam pelbagai jenis fail.

PDF dalam Pratonton.
Alat tandatangan dalam Pratonton.

Isikan dan tandatangan borang pada Mac anda

Anda tidak perlu mencetak borang PDF. Hanya buka dokumen dalam Pratonton, klik butang Tunjukkan Bar Alat Penanda dan gunakan alat Penanda untuk mengisi borang. Kemudian klik butang Tandatangan untuk mencipta dan menambah tandatangan anda secara elektronik.

PDF yang dilindungi kata laluan.

Lindungi dokumen sulit anda

Jika PDF mengandungi maklumat sensitif, anda boleh menyimpannya dengan selamat dengan menambah kata laluan. Pilih Fail > Eksport, pilih Sulitkan dan taip kata laluan.

Imej kecil halaman daripada satu PDF ke bar sisi yang lain.

Gabungkan dokumen PDF

Uruskan banyak PDF? Gabungkannya supaya anda boleh menjejaki hanya satu dokumen dengan mudah. Buka PDF dalam Pratonton, kemudian seret fail PDF lain daripada Finder ke bar sisi tetingkap Pratonton. Hanya perlukan beberapa halaman? Seret imej kecil halaman daripada satu PDF ke bar sisi yang lain.

Pilihan Eksport dalam Pratonton.

Tukar fail imej kepada pelbagai jenis fail

Pratonton menyokong set besar jenis fail imej, termasuk JPEG, PNG, PSD dan TIFF. Jika anda menerima foto yang anda tidak boleh buka dalam app pengeditan foto, atau perlu menukar imej ke format lain, pilih Fail > Eksport, klik menu timbul Format dan pilih jenis fail.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.