Imbas dokumen atau imej
Jika anda mempunyai pengimbas penyuapan dokumen, anda boleh mengimbas beberapa halaman sekali gus dengan menggunakan Pratonton. Jika anda mempunyai pengimbas rata, anda boleh mengimbas banyak imej sekali gus, simpan setiap imej dalam failnya sendiri dan luruskan sebarang imej yang telah bengkok di atas landas semasa mengimbas.
Pilih Fail > Import daripada Pengimbas > [pengimbas].
Jika anda tidak melihat pengimbas anda dalam senarai, pastikan ia disediakan dalam keutamaan Pencetak & Pengimbas. Untuk mendapatkan maklumat tentang menambah pengimbas, lihat Sediakan pengimbas.
Pilih bagaimana untuk imbas dokumen atau imej anda. Anda mungkin perlu klik Tunjukkan Butiran bagi melihat semua pilihan tersedia. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:
Pilih jenis imej yang sedang diimbas: Gunakan menu timbul Jenis.
Pilih Teks untuk imej hitam dan putih dengan kontras tinggi, seperti dokumen teks; pilih Hitam & Putih untuk imej skala kelabu; dan pilih Warna untuk imej warna.
Imbas kedua-dua belah halaman: Pilih Dupleks.
Pilih saiz untuk item yang diimbas: Gunakan menu timbul Saiz.
Pilih di mana untuk menyimpan item yang diimbas: Gunakan menu timbul Imbas Ke.
Jika anda memilih folder, item akan disimpan dalam folder tersebut. Jika anda memilih app, item akan dibuka dengan app itu.
Laraskan warna atau pendedahan imej yang diimbas: Pilih Manual daripada menu timbul Pembetulan Imej, kemudian laraskan kawalan.
Jika anda tidak melihat kawalan pembetulan imej, skrol ke bawah atau jadikan tetingkap Pengimbas lebih tinggi.
Klik Imbas.
Pengimbas mengimbas halaman satu demi satu.
Semua item diimbas dibuka dalam satu tetingkap.
Petua: Anda boleh juga memilih Edit > Masukkan > Halaman dari Pengimbas untuk menambah halaman dari pengimbas kepada dokumen yang dibuka.