Anotasi PDF dalam Pratonton pada Mac
Walaupun anda tidak boleh mengedit teks PDF dalam Pratonton, anda boleh menggunakan alat penanda untuk membekalkan maklum balas atau menulis sesuatu yang anda mahu ingat. Alat mengedit dalam bar alat Penanda adalah sesuai untuk bekerjasama—gunakannya untuk mencadangkan perubahan kepada PDF dan untuk bertindak balas kepada cadangan.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, klik butang Tunjukkan Bar Alat Penanda (jika bar alat Penanda tidak ditunjukkan).
Gunakan alat dalam bar alat untuk tandakan PDF (atau gunakan Touch Bar).
Alat
Perihalan
Pilihan Teks
Pilih teks untuk salin atau padam. Lihat Pilih dan salin teks dalam PDF.
Pilihan Segi Empat Tepat
Pilih kawasan segi empat dalam imej untuk salin atau padam.
Sunting Pilihan
Pilih teks untuk mengeluarkannya secara kekal daripada pandangan. Anda boleh menukar suntingan semasa anda mengedit, tetapi sebaik sahaja anda menutup dokumen, suntingan menjadi kekal. Untuk melindungi dokumen asal, cipta duplikasi untuk disunting.
Lakar
Lakar bentuk menggunakan strok tunggal.
Jika lukisan anda dikenali sebagai bentuk standard, ia digantikan dengan bentuk itu; sebaliknya untuk menggunakan lukisan anda, pilih ia dari palet yang ditunjukkan.
Lukis
Lukis bentuk menggunakan strok tunggal. Tekan jari anda dengan lebih kuat pada trackpad untuk melukis garisan yang lebih tebal, lebih gelap.
Alat ini muncul hanya pada komputer dengan trackpad Force Touch.
Bentuk
Klik bentuk, kemudian seret ia di mana anda inginkan. Untuk saiz semula bentuk itu, gunakan pengendali biru. Jika ia mempunyai pengendali hijau, gunakannya untuk mengubah bentuk.
Anda boleh zum dan serlahkan bentuk menggunakan alat ini:
Lup : Seret lup ke kawasan yang anda ingin besarkan. Untuk menambah atau mengurangkan pembesaran, seret pemegang hijau; seret pemegang biru untuk mengubah saiz lup.
Serlahan : Seret serlahan di mana anda inginkan. Untuk saiz semula ia, gunakan pemegang biru.
Teks
Taipkan teks anda, kemudian seret kotak teks di mana anda inginkan.
Tandatangan
Jika tandatangan disenaraikan, klik salah satu, kemudian seretnya kemana anda inginkan. Untuk saiz semula ia, gunakan pemegang biru.
Untuk mencipta tandatangan baru:
Menggunakan trackpad anda: Klik Trackpad, klik teks apabila digesa, tandatangan nama anda pada trackpad menggunakan jari anda, tekan sebarang kekunci apabila anda selesai, kemudian klik Selesai. Jika anda tidak suka hasil itu, klik Kosongkan, kemudian cuba lagi.
Jika trackpad anda menyokongnya, tekan jari anda lebih kuat pada trackpad untuk tandatangan dengan garisan yang lebih tebal dan gelap.
Menggunakan kamera terbina dalam komputer anda: Klik Kamera. Tahan tandatangan anda (pada kertas putih) menghadap kamera supaya tandatangan anda sama aras dengan garis biru dalam tetingkap. Apabila tandatangan anda muncul dalam tetingkap, klik Selesai. Jika anda tidak suka hasil itu, klik Kosongkan, kemudian cuba lagi.
Menggunakan peranti iOS atau iPadOS anda: Klik Pilih Peranti untuk memilih peranti (jika lebih daripada satu tersedia. Pada peranti anda, gunakan jari anda atau Apple Pencil untuk menandatangani nama anda, kemudian klik Selesai. Jika anda tidak suka hasil itu, klik Kosongkan, kemudian cuba lagi.
Peranti anda mesti memenuhi keperluan sistem Kesinambungan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Keseinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.
Lihat Isikan borang PDF.
Nota
Taip teks anda. Untuk mengubah warna nota, Control-klik nota, kemudian pilih warna. Untuk alihkan nota ke lokasi lain, seretnya.
Gaya Bentuk
Ubah ketebalan dan jenis garisan yang digunakan dalam bentuk dan tambah bayang.
Warna Jidar
Menukar warna garisan yang digunakan dalam bentuk.
Warna Isian
Menukar warna yang digunakan dalam bentuk.
Gaya Teks
Ubah fon atau gaya dan warna fon.
Anotasi , ,
Anotasi item dengan melakar atau melukis padanya menggunakan iPhone atau iPad berhampiran anda. Jika kedua-dua peranti berada berdekatan, klik , kemudian pilih peranti. Alat mungkin kelihatan diserlahkan untuk menunjukkan yang peranti anda disambungkan. Untuk memutuskan sambungan peranti anda tanpa menggunakannya, klik alat lagi.
Peranti anda mesti memenuhi keperluan sistem Kesinambungan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Keseinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.