Keluarkan episod disimpan atau dimuat turun dalam Podcast pada Mac
Anda boleh mengeluarkan episod yang anda simpan atau muat turun dalam pustaka Podcast anda. Episod yang anda keluarkan daripada bahagian Disimpan masih kelihatan dalam bahagian Dimuat Turun. Apabila anda memadamkan episod daripada bahagian Dimuat Turun, anda mengosongkan ruang storan pada Mac anda.
Keluarkan episod disimpan
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik Disimpan dalam bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada berikut untuk mengeluarkan episod individu:
Tahan penuding di atas episod, kemudian klik .
Klik , kemudian pilih Nyahsimpan Episod.
Keluarkan episod dimuat turun
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik Dimuat Turun dalam bar sisi, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Keluarkan episod dimuat turun: Klik rancangan, kemudian klik bersebelahan episod yang anda mahu padam.
Keluarkan semua episod dimuat turun bagi rancangan: Tahan penuding di atas rancangan yang mengandungi episod yang anda mahu keluarkan, klik , kemudian klik Keluarkan Muat Turun. Klik Keluarkan Muat Turun untuk mengesahkan.
Keluarkan semua episod dimuat turun: Pilih Paparan > Keluarkan Semua Muat Turun, kemudian klik Keluarkan Muat Turun untuk mengesahkan.
Episod yang anda keluarkan daripada bahagian Dimuat Turun akan dipadamkan daripada Mac anda, mengosongkan ruang storan.
Anda juga boleh memilih sama ada untuk mengeluarkan episod yang anda telah dengar secara automatik serta tempoh masa untuk menyimpan episod dimuat turun. Lihat Tukar seting.