
Tapis pustaka foto anda untuk menunjukkan item khusus pada Mac
Anda boleh menapis item dalam pustaka anda atau sebarang koleksi dengan cepat untuk menunjukkan foto khusus—sebagai contoh, hanya foto yang anda edit atau tetapkan kata kunci.
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Dalam bar sisi, klik Pustaka (atau koleksi lain), kemudian klik Semua Foto.
Klik
dalam bar alat, kemudian pilih salah satu yang berikut:
Jenis item yang anda mahu lihat (Kegemaran, Diedit, Foto, Video, Gambar Skrin atau Bukan dalam Album)
Kata kunci yang dikaitkan dengan foto anda
Sebarang kata kunci yang anda telah seret ke kawasan Kumpulan Cepat pada Pengurus Kata Kunci kelihatan dalam menu timbul Tapis
. Pilih kata kunci untuk memaparkan item dengan kata kunci tersebut. Untuk mengurus senarai kata kunci anda, lihat Tambah kata kunci.
Anda boleh memilih berbilang item daripada menu timbul Tapis untuk memaparkan item yang anda mahu lihat sahaja.
Petua: Anda juga boleh memilih untuk melihat item yang orang lain telah kongsikan dengan anda. Klik Pustaka dalam bar sisi, kemudian pilih Paparan > Dikongsi dengan Anda, supaya terdapat tanda semak bersebelahan item menu.