
Cari foto dan video mengikut lokasi pada Mac
Jika kamera anda mempunyai keupayaan GPS (seperti iPhone), atau anda telah menambah maklumat GPS ke foto anda, Foto boleh memaparkan foto anda pada peta secara automatik. Anda boleh melihat foto dan video yang diambil di lokasi khusus, mencari foto yang diambil berdekatan dan melihat koleksi semua tempat anda pada peta.

Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Peta dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Peta dalam bar sisi, tahan penuding di atas Utiliti dalam bar sisi, kemudian klik
.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Lihat lokasi yang lebih terperinci: Dwiklik imej kecil untuk mengezum masuk pada bahagian peta tersebut.
Zum masuk atau keluar: Klik butang zum. Klik dan tahan untuk zum masuk atau keluar secara berterusan.
Posisikan kembali peta: Seretnya.
Tunjukkan peta dalam format berlainan atau paparkan foto dalam grid: Klik Peta atau Satelit untuk menunjukkan peta dalam format berbeza, atau klik Grid untuk melihat imej kecil foto yang dihimpunkan mengikut lokasi.
Untuk melihat lokasi foto tunggal, dwiklik foto untuk membukanya, kemudian skrol ke bawah ke Tempat. Dari sini, anda juga boleh mengklik klik Foto Berdekatan untuk melihat foto yang diambil berdekatan.
Untuk menambah atau menukar lokasi foto, lihat Tambah tajuk, kapsyen dan banyak lagi ke foto dan video.